Home Rencana PAS Selangor

Selamat menyambut hari raya Aidiladha – Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

3
SHARE

May be an image of 12 people, headscarf and text

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha – Saff Bahtera BPPNS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Sambutan Hari Raya Aidiladha atau lebih mesra dipanggil raya korban, pada tahun ini bukan lagi sama seperti tahun-tahun sebelum ini, dimana kita bergotong-royong di masjid-masjid mahupun disurau-surau melaksankan ibadah korban.

Jika ingin diimbas kembali kenangan masa lalu, aktiviti korban ini boleh dikatakan kenangan manis dan menyeronokkan, yang hanya berlaku satahun sekali. Walaupun segala apa yang kita semua hadapi ini sukar untuk diterima, namun kita perlu sentiasa redha dan bersabar.

Firman Allah SWT,

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا
تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insyaAllah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. (Surah As-Saffat : 102)

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha secara norma baharu. Sudah masuk tahun kedua sejak kita menyambut hari raya secara norma baharu.

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor