Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Sumbangan Buat Zulfazrie

683
SHARE

Sumbangan Buat Zulfazrie

26 Jun 2018, Pahang : Ujian kesakitan juga merupakan anugerah dari Allah SWT. Allah akan mengganjarkan pahala yang besar bagi orang-orang yang sabar apabila menghadapi ujian kesakitan. Kerana setiap penyakit itu adalah penghapus bagi dosa-dosa kita. Seperti sabda Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam yang bermaksud:

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

Di awal Ramadhan baru-baru ini, pihak Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia (LKK DMPM) menerima berita bahawa suami kepada salah seorang ahli Nusaibah Wilayah Persekutuan iaitu Puan Maizatul Asida telah disahkan menghidap Leukimia (kanser darah).

Suami beliau, Mohd Zulfazrie bin Mohd Zaid dijadualkan akan menjalani beberapa sesi kimoterapi. Perkara ini menjadi perhatian pihak LKK DMPM kerana menyedari bahawa Puan Maizatul tidak bekerja dan sedang mengandung anak kedua. Justeru, pihak LKK DMPM mengambil inisiatif untuk membantu keluarga ini dengan apa yang mampu diusahakan.

Pada 24 Jun 2018 baru-baru ini, pihak LKK DMPM bersama LKK DMP Wilayah Persekutuan dan LKK DMP Kawasan Batu telah menziarahi Puan Maizatul di Temerloh Pahang dan telah menyerahkan sedikit sumbangan bagi mengurangkan beban suami isteri membiayai perubatan Encik Mohd Zulfazrie.

Turut hadir dalam ziarah tersebut ialah Ustazah Salamiah Mohd Nor, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang, Puan Zurina Din, Timbalan Pengerusi LKK DMPM dan Saudari Oyeen Abd Ghafor, Bendahari LKK DMPM. Tiada apa yang diharapkan melainkan semoga Allah SWT kurniakan kesembuhan buat saudara Mohd Zulfazrie.

Pihak LKK DMPM juga menyeru kepada para dermawan yang prihatin yang sudi untuk turut mambantu dan menyumbang, bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun:

MAYBANK 5640 2540 0711 (DMPP) dan nyatakan rujukan sumbangan “Maizatul” serta SMS atau Whatsapp slip sumbangan kepada:

Dr. ‘Uyun : 019 – 357 7502
Puan Zurina : 014 – 306 9141
Saudari Zuriati : 019 – 204 9434
Saudari Oyeen : 019 – 590 2381

Semoga dengan sumbangan anda, ianya menjadi saham terbesar kita di akhirat kelak. InsyaAllah, Jazakumullah Khair Katheera. Siiru ‘ala Barakatillah.

#KamiPrihatin
#SejahteraBersamaIslam
#MuslimatMemacuKemenangan