Home Berita PAS Selangor

Sumbangan buat mangsa kebakaran kedai perabot – PAS Kawasan Gombak

119
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

SUNGAI TUA, 6 Oktober – PAS DUN Sungai Tua telah menyampaikan sumbangan derma kilat hasil kutipan orang ramai kepada Hj. Samsudin selaku Bendahari PAS Cawangan Kampung Laksamana yang telah diuji dengan musibah kebakaran kedai baiki perabot beliau di Kampung Laksamana, Batu Caves.

“Mujur tiada kemalangan jiwa berlaku, beliau hanya mengalami kecederaan kecil iaitu melecur ditangan kiri, kepala dan bahagian muka”, jelas Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Muhammad Fadzli Abu Bakar juga mewakili NGO Syabab Care Malaysia.

“Kedai baiki perabot beliau ‘total lost’ “, sambungnya lagi.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan dan ketabahan kepada beliau dalam mengharungi ujian musibah kebakaran ini, dan juga semoga bantuan yang telah diberikan tersebut dapat sedikit sebanyak memudahkan urusan beliau.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor