Home Berita PAS Selangor

Sumbangan barang dapur kebajikan PAS Gombak dan NGO Ma’ruf Care – PAS Kawasan Gombak

15
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Gombak | Lajnah Kebajikan PAS Gombak bersama sukarelawan Ma’ruf Care meneruskan kerja-kerja kebajikan bagi menyalurkan sumbangan meringankan beban kehidupan anggota masyarakat yang terkesan akibat PKP 3.0 ini. Maklumat yang diterima terus disalurkan kepada mereka yang berhajat.

Pihak Lajnah Kebajikan dan NGO Ma’ruf Care turun di dua lokasi bagi menyampaikan bantuan kepada pihak yang memerlukan iaitu di Kampung Desa Makmur dan Apartment

Sunway Batu Caves yang terdapat beberapa individu dan keluarga menghadapi kesulitan akibat terkesan dengan Covid-19.

May be an image of 1 person, sitting and outdoors

Dengan SOP PKP yang ditetapkan dan dipatuhi, pihak Lajnah Kebajikan PAS Gombak dan NGO Ma’ruf Care hanya menyerahkan barangan sumbangan kepada wakil untuk diagihkan kepada penerima. Walaupun terbatas, namun agenda kebajikan sentiasa menjadi keutamaan, keprihatinan dan peduli kepada golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor