Home Berita PAS Selangor

Pendaftaran vaksinasi di Selangor meningkat 80% – Pengarah JAMN Selangor

44
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Tuan Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor / Timbalan Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Selangor

Jumlah pendaftaran Vaksin di Selangor terus meningkat kepada 80%, namun jumlah penerima suntikan baru hanya 15% sahaja. Perancangan kerajaan untuk membuka lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Selangor disambut baik agar jumlah penerima vaksin bertambah dan mampu mencapai imuniti kelompok 85% dari keseluruhan rakyat Malaysia.

Gerakan NGO dan parti politik Islam perlu bersama dalam kempen Jom Vaksin ini. Kempen ini perlu diperkasakan lagi ketika ini, jika mahu melihat negara kembali dalam keadaan baik dan sedia kala serta kerajaan dilihat berjaya. Seterusnya menutup segala persepsi negatif kepada parti politik kerajaan yang memerintah iaitu PN dan MN.

Saya memilih untuk menumpukan seluruh tenaga dan kemampuan fikiran saya bagi melaksanakan dan menjayakan Program Immunisasi COVID-19 Kebangsaan atau PICK ini.

Pahala besar menanti di depan sahabat-sahabat sekelian dalam setiap tindakan yang mampu menyelamatkan nyawa manusia. Daripada bercakaran perkara remeh yang tidak memberi impak besar pada jemaah dan keluarga, lebih baik kita tumpukan segala post dan status media baru kita dalam kempen pengambilan Vaksin ini.

Tidak lama sahabat-sahabat sekelian, sekitar 2 ke 3 bulan sahaja kita bawa mesej jom vaksin ini dengan Hastag “Vaksin Untuk Semua” dan “Vaccine For All” . Insya Allah kita boleh solat di Masjid, raya tahun depan kita boleh beraya dengan keluarga, kita boleh bercuti dan sebagainya.

Fokus kempen vaksin, ajak seluruh keluarga dan sahabat-sahabat kita mendaftar dan mengambil vaksin. Jangan biarkan mereka terhasut dengan dakyah merbahaya golongan anti vaksin ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor