Home Berita PAS Perak

Sumbangan Barang Dapur ke Pusat Jagaan Warga Emas | Squad Prihatin

782
SHARE

Sumbangan Barang Dapur ke Pusat Jagaan Warga Emas

Oleh : Fatimah Azizuddin

KAMUNTING: Skuad Prihatin dibawah Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS kawasan Taiping telah menyerahkan sumbangan berupa barang keperluan dapur seperti beras, minyak masak, gula dan tepung bagi mengurangkan beban dan membantu pengoperasian Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas Rozy sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Lanjah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Taiping, Rafeah Rafar kepada wakil pusat jagaan,Siti Noor Balqis Abd Hamid semasa meninjau keadaan institusi tersebut yang bertempat di Kampung Expo.

Menurut seorang pekerja disana, Fauzilah Abu Bakar berkata Pusat Jagaan ini telah mula beroperasi sejak 15 tahun lalu dengan 5 orang kakitangan dan 25 orang penghuni wanita berumur lebih 60 tahun yang berasal dari sekitar Negeri Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Difahamkan mereka yang ditempatkan di pusat jagaan ini terdiri daripada warga emas, asnaf tidak berwaris (sebatang kara) dan ada juga waris yang mahukan ibu mereka mendapat penjagaan lebih baik di pusat jagaan berbanding tinggal bersendirian di rumah.

Walaupun pusat jagaan ini mengenakan bayaran yuran, namun ada dalam kalangan penghuni yang tidak mampu untuk membayar yuran tersebut. Justeru pihak pengurusan pusat jagaan mengambil inisiatif memohon sumbangan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Badan-badan Bukan Kerajaan serta sumbangan orang ramai.

Pihak pengurusan Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas Rozy mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bermurah hati menyalurkan pelbagai bentuk sumbangan bagi memastikan pusat jagaan ini dapat terus beroperasi dalam memberi perlindugan serta menjaga kebajikan warga emas disini.