Home Berita PAS Perak

“Kalau tak ada rumah, ita cari rumah lah duduk” – YB Razman

178
SHARE

“Kalau tak ada rumah, ita cari rumah lah duduk” – YB Razman tenangkan keluarga mangsa bot karam.

Oleh: ABU

KUALA KURAU: Para nelayan dinasihatkan supaya mengikut peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa ketika turun ke laut. Ini termasuklah memakai jaket keselamatan dan juga memastikan aspek-aspek keselamatan yang lain.

Perkara itu perlu bukan sahaja kerana ia merupakan peraturan yang ditetapkan, namun lebih penting lagi kerana ianya adalah untuk kebaikan dan keselamatan nelayan itu sendiri.

Perkara itu ditegaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak YB Tuan Haji Razman Zakaria, ketika meninjau operasi pencarian nelayan hilang di perairan Kuala Kurau yang memasuki hari kedua petang tadi.

“Kepada (para nelayan) kita ikutlah peraturan-peraturan yang telah ditentukan oleh jabatan-jabatan yang ada.

Sebab jabatan ni menyediakan satu peraturan bukan untuk kesenangan mereka (tetapi) untuk keselamatan kepada (mereka) yang ke laut”, ujar Razman.

Semalam dilaporkan berlaku kejadian dua buah bot nelayan tempatan berlanggar hingga menyebabkan satu bot karam di mana seorang awak-awak hilang di perairan Kuala Kurau Perak.

Kejadian berlaku waktu subuh sekitar jam 6:30 pagi. mangsa yang hilang dikenali sebagai Mohd Syarif Hashim berumur 25 tahun dimana ketika kejadian berseluar panjang hitam tidak memakai baju.

Sementara itu Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau Komander Mohd sharenliza Ghazali menyatakan sekiranya tidak ditemui hari ini pihaknya akan memperluaskan skop pencarian di samping meneliti faktor-faktor lain seperti angin, arus dan sebagainya bagi mencapai keberhasilan operasi.

Dalam pada itu Razman turut bertemu dan menenangkan keluarga mangsa yang turut berada di pusat gerakan sementara operasi di jeti PPM Kuala Kurau.

Beliau sempat menasihatkan pihak keluarga yang berasal dari Kelantan agar berhubung dengan ADUN tempatan sekiranya berlaku apa-apa kesulitan sepanjang tempoh berada di sini.

“Kalau tak ada rumah (sementara menunggu operasi pencarian), kita tolong cari rumahlah duduk”, ujar Razman kepada keluarga mangsa mengakhiri tinjauan bersama wakil ADUN Kuala Kurau.