Home Berita PAS Selangor

Sumbangan alat bantuan pernafasan, PPE dan makanan buat hospital – Pengurus Operasi KMNS

151
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengurus Operasi Khidmat Malaysia Negeri Selangor

1. Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS) telah menyerahkan 5 lagi alat bantuan pernafasan “Oxygen Concentrator” sumbangan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) hari ini kepada Hospital Ampang.

2. Semalam pula melalui Pertubuhan Belia Prihatin (PBP) telah menyampaikan sumbangan 1 unit Powered Air Purifying Respiratory yang berharga RM11 ribu lebih buat pengunaan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz.

3. Manakala Jumaat lepas sumbangan Makanan melalui Pertubuhan Syabab Care Malaysia, PPE dan Kerusi Roda disumbangkan oleh PAPISMA dan Muslimat PAS Teras Jernang telah diserahkan kepada Hospital Kajang.

4. Petang tadi pula saya berkesempatan menghantar sumbangan 2,000 pasang PPE Boot Cover oleh Khidmat Malaysia Negeri Selangor kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah Klang bagi menampung keperluan pengunaan mereka di CAC, Pengurusan Jenazah dan sebagainya pada minggu ini.

5. Kesemua sumbangan ini telah dilaksanakan melalui penyelarasan Khidmat Malaysia Negeri Selangor di bawah program Tabung Bantuan Covid19. Dimaklumkan semua Hospital ini juga sedang merawat pesakit Covid-19 dan ia akan bertambah dari semasa ke semasa, sumbangan peralatan ini memang sangat diperlukan dalam membantu pihak Hospital dan Petugas kesihatan mampu menyelamatkan lebih banyak nyawa.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor