Home Berita PAS Selangor

300 karton biskut ke Hospital Shah Alam – PAS Kawasan Kota Raja

6
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Sekretariat Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Kota Raja

KOTA RAJA | Alhamdulillah dalam kesibukan KRCAMALSELANGOR menyempurnakan ibadah korban hari ini, tugasan harian tetap diteruskan seperti biasa.

1. Penghantaran 300 karton biskut ke Hospital Shah Alam. Permohonan dan kelulusan segera syarikat Mydin melalui ALP HSA, Ustaz Mohd Yusof Abdullah.

2. Penghantaran sumbangan donut ke Rumah Penyayang Ulin Nuha oleh Pengurus Operasi KRCFOODPROGRAMME, Lt Kolonal (Abdul Manaf Kasmuri).

KRCFOODPROGRAMME adalah projek terbaru di bawah KRCAMALSELANGOR bertujuan membantu mengembangkan potensi pembuatan produk makanan melibatkan asnaf.

Seramai lima orang asnaf buat permulaan terlibat dalam projek ini dan menyasarkan pengeluaran 1000 – 1500 biji kuih (3 jenis) setiap minggu.

InsyaAllah pada Ogos nanti di bawah projek ini, kita Akan mendapat dua orang petugas sepenuh masa untuk bekerja bagi memastikan pengeluaran menepati sasaran lebih besar serta membantu lebih ramai asnaf berjaya meningkatkan ekonomi mereka.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor