Jabatan Amal Malaysia Kawasan Tambun mengambil peluang menderma darah dalam sebuah program Kempen Derma Darah Gugusan Manjoi yang dianjurkan oleh NGO Prihatin Rakyat Kinta dan kerjasama pihak Tabung Darah, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Penghulu dan JSPK Gugusan Manjoi pagi tadi.
Menurut Komandan JAM Kawasan Tambun, Mohd Thaqif Hamzah, kesedaran umum masyarakat bahawa pihak hospital amat memerlukan bekalan darah sangat tinggi dan perlu diberi perhatian pelbagai pihak.
Beliau turut mengeru masyarakat khususnya anggota JAM agar hadirkan diri ke program-program derma darah yang dianjurkan supaya dapat mendermakan darah.
“Sambil kita bertugas, sambil kita menderma darah. Semoga darah kita dapat memberi manfaat kepada orang yang memerlukan” kata beliau ketika ditemuramah.
Seramai 7 orang anggota JAM Kawasan Tambun telah berjaya disaring sebelum dibenarkan untuk menderma termasuk seorang anggota JAM Kawasan Parit, Komandan Mohd Hamzah Harun.