Home Artikel PAS Perak

Perlindungan Takaful Percuma; Simpanan RM1000 Ke Atas Layak Terima | Khabar DUN Perak

246
SHARE
May be an image of standing, outdoors and tree
SIMPANAN RM1000 KE ATAS LAYAK TERIMA PERLINDUNGAN TAKAFUL PERCUMA
BAGAN SERAI – ADUN Gunung Semanggol Tuan Haji Razman Zakaria diwakili Pegawai Khas beliau Encik Ahmad Rosman Razali, diiringi Pengurus PTPTN Perak Andi Nurali Mohamed menyambung penyerahan sumbangan pembukaan akaun SSPN kepada sekolah-sekolah untuk diagihkan kepada pelajar sekitar DUN Semanggol.
May be an image of one or more people, people standing and outdoors
Semalam YB telah menyerahkan sendiri sumbangan kepada lapan buah sekolah dan hari ini sebanyak 5 buah sekolah lagi menerima iaitu SMK Gunung Semanggol, SK Bukit Merah, SK Kampung selamat, Maahad Ehya Assyarif dan SMKA Kerian.
Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak
Bantuan ini bertujuan untuk:
a) Memberi kesedaran dan menggalakkan rakyat untuk membuat simpanan bagi kegunaan anak apabila melanjutkan pengajian di universiti.
b) Mendidik kita supaya tidak terlalu bergantung kepada skim pinjaman pengajian tinggi.
c) Mengurangkan tanggungan beban hutang pendidikan yang tinggi di kemudian hari.
KADAR PEMBERIAN
Perkara Nilai Bantuan
Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional RM200
Beberapa keistimewaan telah ditawarkan oleh pihak PTPTN antaranya ialah:
1. Merupakan satu cara atau kaedah simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi;
2. Menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000.00 setahun;
3. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas;
4. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk sebuah keluarga yang layak;
(Syarat keluarga berpendapatan bulanan tidak melebihi RM4,000.00 sebulan layak Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT)
5. Simpanan serendah RM20.00 sahaja pada bila-bila masa;
6. Kadar dividen yang menarik serta kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
7. Kemudahan simpanan melalui potongan gaji.
Perlindungan takaful secara percuma berupa manfaat dan atau khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun layak mendapat khairat kematian jika berlaku kematian ke atasnya. Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
May be an image of 1 person, standing and outdoorsMay be an image of 2 people and people standingMay be an image of 1 person and standingMay be an image of one or more people, people sitting, people standing and indoorMay be an image of 1 person, standing, sitting, hospital and indoorMay be an image of 1 person, sitting and indoor