Home Berita PAS Selangor

Sukarelawan JAMN Selangor disantuni Ketua Pengarah JAM – Pengarah JAMN Selangor

25
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin

Pengarah Jabatan Amal Negeri Selangor

Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Tuan Norazman Ishak bersama Timbalan Ketua Pengarah 4, Tuan Hj Zulkifli Muhyiddin hari ini disambut Pengarah Amal Negeri Selangor, Tuan Shehdi Hazrik Shamsudin dan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Sdr Nadzir Ibnu Helmi turun padang melihat sendiri tugasan anak buah Amal Negeri Selangor.

Semasa sesi lawatan tersebut satu Majlis penyerahan sumbangan wang ringgit telah disampaikan sendiri oleh Ketua Pengarah JAM kepada Pengarah Amal Negeri Selangor, sumbangan tersebut adalah bagi membantu operasi serta keperluan anggota Amal Negeri Selangor sepanjang operasi bersama Agen Basmi Covid-19 Nasional NADMA.

Lawatan dimulakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bangi Golf Resort bagi melihat sendiri anggota amal bertugas sebagai sebagai “calling agent” menghubungi bakal Penerima vaksin untuk hadir ke PPV pada waktu yang telah ditetapkan serta Khidmat pengangkutan ke PPV.

Sebelum ke CAC Stadium Melawati, Tuan Azman telah dibawa menziarahi Stor Amal dan Bilik Operasi Khidmat Malaysia Negeri Selangor di Petaling Jaya bagi mendengar pembentangan serta taklimat gerak kerja JAMNS sepanjang PKPD3.0 ini yang disampaikan oleh Tuan Khairul Jihadi Yusof dan Tuan Nooraidil Putra Wahid.

Menyambut rombongan Ketua Pengarah JAM di CAC Stadium Melawati tadi adalah Team Leader Sukarelawan Amal & VCEE19, Tuan Haji Mashadi Adie Saien bersama Ketua Sukarelawan IMARET Tuan Omar membawa rombongan melihat sendiri proses saringan dan kawasan tugasan “Red Zon” anggota Jabatan Amal Malaysia.

Rombongan selepas itu dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS bagi bertemu sendiri pertugas sukarelawan Amal dan anggota Amal yang bertugas di sana berkongsi pengalaman mereka berada di kawasan beresiko tinggi. Menyambut KP di PKRC adalah Pengarah PKRC Bersepadu MAEPS, Dr Shahabuddin Ibrahim dan Tuan Haji Wan Hilmi, Ketua Sukarelawan VCEE19 Nasional.

May be an image of 1 person, standing and outdoorsMelihat perkembangan terkini penglibatan anggota Amal dalam membantu pihak agensi kerajaan di Selangor, Ketua Pengarah JAM menyampaikan penghargaan terima kasih dan tahniah buat semua anggota Amal kerana berkorban dan mempu bertugas bersama barisan hadapan terutama mereka yang bertugas di zon bahaya. “Ini adalah kisah baharu dan sejarah akan datang yang boleh kita ceritakan kepada pelapis anggota Jabatan Amal Malaysia satu hari nanti”.

Sehingga hari ini sejumlah lebih 300 anggota Amal terlibat dan bertugas di seluruh negeri Selangor termasuk tugasan Runner Khidmat Malaysia, Hotline Bantuan Covid-19, Pertugas Bakul Rakyat Kawasan, Skuad Pengurusan Jenazah Covid19, Sukarelawan PKRC, Sukarelawan PPV dan Sukarelawan CAC.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor