Home Berita PAS Sabah

Sukaneka PASTI Putatan Meriah

2342
SHARE

Oleh : Aisyah Ramadha Ismail
6 Ogos 2019

PUTATAN : Sukaneka PASTI Kawasan Putatan yang disertai oleh 5 buah PASTI telah berlangsung di Stadium Penampang, Kota Kinabalu pada 4 Ogos 2019.

Hujan lebat awal pagi tidak mematahkan semangat pelajar PASTI untuk beraksi. Program dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan perbarisan para pelajar PASTI bertemakan pekerjaan seperti doktor, bomba, ugamawan dan polis. Kereta kebal ciptaan PASTI Al-Hijrah Ceriamas yang membawa tema askar berjaya mencuri tumpuan audien.

Antara acara yang dipertandingkan ialah lari dalam guni, susun gambar dan lari berganti-ganti. Untuk ibu bapa juga disediakan acara seperti tarik tali dan pertandingan memasak lauk dari rumah bagi memeriahkan suasana.

Johan keseluruhan tahun ini jatuh kepada PASTI Al-HijrahCeriamas, seterusnya PASTI As- Syakirin Kepayan dan PASTI Ar Raihan Petagas. Hadiah disampaikan oleh YDP PAS Kawasan Putatan Ustaz Hj Akmal Othman yang juga merupakan perasmi kejohanan kali ini.

Penganjuran sukaneka tahunan ini dilihat berjaya mencapai matlamatnya iaitu untuk memupuk semangat bekerjasama, persefahaman serta interaksi yang sihat dalam kalangan peserta, dengan cara yang menyeronokkan dan produktif.