Home Kenyataan Media PAS Selangor

PRU 15 : PEMUDA PAS SELANGOR CABAR DAP BERSENDIRIAN

150 views
SHARE

Pemuda PAS Selangor melihat secara dekat isu-isu sensasi yang dicetuskan dan dibangkitkan oleh DAP.

Ia lebih ketara apabila timbul ura-ura berkenaan usul pindaan undang-undang agama Islam berkaitan pemelukan agama Islam yang sepatutnya dikemukakan MB Selangor tidak dapat dilaksanakan apabila dipendekkan persidangan kepada dua hari sahaja.

Begitu juga, apabila Pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan yang disokong lebih 100 cawangan DAP dan Jawatankuasa Perhubungan Parlimen membantah cadangan kerajaan memperkenalkan enam muka surat seni khat dan tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Malaysia Darjah Empat yang turut melibatkan sekolah vernakular Cina dan India.

Selain itu, dalam isu kewarganegaraan menjadi tanda tanya apakah agenda yang dimainkan oleh DAP sehinggakan berlaku pertemuan dua menteri, dua timbalan menteri dan dua ahli Parlimen daripada DAP dengan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu kewarganegaraan.

Malah ke­utamaan bagi pemimpin DAP setelah mendapat kuasa dalam PRU 14 jelas mereka bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan isu pendidikan Cina bagi mendapatkan peng­iktirafan kepada Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Begitu juga de­ngan usaha DAP untuk membanyakkan sekolah beraliran Cina seper­ti pengumuman Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching bahawa Kementerian Pendidikan akan mengkaji cadangan untuk membina 26 lagi sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).

Malah banyak lagi sikap dan tindakan yang ditunjukkan oleh pemimpin DAP yang membelakangi semangat dalam mendokongi Perlembagaan negara.

Dengan isu-isu sensitif yang berlaku pada hari ini jelas telah mencabar Ummat Islam khususnya bangsa melayu yang merupakan majoriti penduduk Malaysia. Dengan erti kata yang lain, DAP sekarang sedang mencabar kestabilan politik melayu Islam dengan dengan membelakangi semangat keharmonian bersama antara kaum yang diikat dan dipasak menerusi Kontrak Sosial.

Pemuda PAS Selangor mencabar pihak DAP jika benar mereka memperjuangkan hak dan keuntungan semua kaum termasuk kaum melayu sebagai teras majoriti kaum di Malaysia untuk bersendirian dalam PRU 15 akan datang. Usah lagi menyorok dengan bertopengkan agenda Malaysian Malaysia yang menggugat hak keistimewaan yang diperuntukan menerusi Perlembagaan di belakang parti politik melayu yang ada seperti PPBM, PKR dan PAN.

Demi Islam
Bangkit : Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah

Ustaz Hanafi Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor
Tarikh : 5 ZulHijjah 1440H / 6 Ogos 2019

Facebook : https://www.facebook.com/dppns.org/?ref=bookmarks
Twitter : https://twitter.com/DPPNSofficial?lang=en
Instagram : https://www.instagram.com/dppns_official/?hl=en