Home Berita PAS Sabah

Sukaneka PASTI Nurul Najah II erat ukhwah ibu bapa dan Guru

123
SHARE

Oleh : Nur Syarifah Ariffin
2 September 2022

TAWAU: Jemaah Ibu bapa dan Guru (JIBG) PASTI Nurul Najah II telah mengadakan program sukaneka sempena menyambut bulan kebangsaan, di sini Selasa lepas.

Seramai lebih 150 orang pelajar dan ibubapa turut serta dalam sukaneka yang diadakan di taman permainan Taman Megah Jaya.

Menurut Mudir PASTI Nurul Najah II, Mohd Syafiq Abd Rahim, sukaneka adalah satu usaha mengeratkan ukhwah antara guru dan ibu bapa, kerana dengan program itu terjalinnya kerjasama antara kedua-dua pihak.

Pengerusi PASTI, Ustaz Abdul Hadi pula merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan pelajar kerana telah memberikan kerjasama yang padu bagi menjayakan program.

Beliau turut mencadangkan agar program itu dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai satu usaha membangkitkan semangat kesukanan di kalangan pelajar.

Sebanyak empat acara menarik untuk pelajar yang dipertandingkan iaitu acara lari bawa belon, isi air dalam botol, tarik karung dan lari susun straw.

Bagi acara ibubapa pula, terdapat empat acara yang dipertandingkan iaitu acara bowling botol, isi air dalam botol, lari bawa bola pingpong dan lari tiup belon.