Home Berita PAS Sabah

Sukan PASTI cungkil bakat anak-anak

75
SHARE

Oleh : Aisyah Ramadha Ismail
29 Jun 2022

PUTATAN : Sukan PASTI Kawasan Putatan meliputi acara bola jaring dan bola sepak telah dilaksanakan di Borneo Sport Arena, Kolombong, Kota Kinabalu pada Ahad.

Menurut Naib Ketua Pemuda PAS Putatan, Mohd Afif Yunus, kejohanan ini diadakan bagi mencungkil bakat kesukanan yang ada pada anak-anak.

“Saya sangat teruja dan gembira sebab setelah 2 tahun penantian tidak dapat buat akibat Covid, kita dapat melaksanakan sukan PASTI pada tahun ini dengan lancar.

“Dengan adanya sukan seperti ini dapat mendidik anak-anak PASTI agar cergas dan minat dengan sukan. Selain itu, kita dapat mencungkil bakat mereka dari kecil lagi agar dimanfaatkan pada masa akan datang,”tambahnya lagi ketika merasmikan perlawanan.

Sebanyak 7 buah PASTI Putatan bertanding iaitu PASTI Al-Hikmah Sembulan, PASTI Asy-Syakirin Kepayan, PASTI Ar-Raudha Kepayan, PASTI Al-Fathonah Pasir Putih, PASTI Al-Hijrah Ceriamas, PASTI Ar-Raihan Petagas dan PASTI As-Sa’adah.

 

Seramai 140 pelajar yang terlibat dalam acara bola jaring dan bola sepak. Tempat pertama bagi perlawanan bola sepak dimenangi oleh PASTI Al-Fathonah Pasir Putih manakala bola jaring pula dimenangi oleh PASTI Al-Hikmah Sembulan.