Home Berita PAS Pulau Pinang

Sukan Bowling Merapatkan Ukhwah Ahli PAS

1195
SHARE

Oleh : Wan Muhamad Irfan Wan Johari

KULIM – PAS Cawangan Simpang 3 Lahar Yooi telah menganjurkan Pertandingan Bowling Amal Tertutup yang berlangsung kelmarin di Ole-ole Superbowl,Kulim Centre

Pertandingan yang dianjurkan bertujuan untuk merapatkan ukhwah sesama ahli dan penyokong PAS itu berlangsung dengan meriah dan harmoni.

Pelbagai kategori dipertandingkan dan menyaksikan penyertaan di pelbagai peringkat umur sama-sama mengambil bahagian.

Pertandingan yang bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang itu telah dirasmikan oleh Tuan Hj Zahadi Mohd, Timbalan YDP PAS Kawasan Tasek Gelugor dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tn Hj Rizal Hafiz Ruslan, mantan calon PAS Parlimen Tasek Gelugor yang juga merupakan AJK PAS Kawasan Tasek Gelugor.

Para ahli dan penyokong PAS Cawangan Lahar Yooi berharap program dan aktiviti sihat seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.