Home Berita PAS Sabah

Bengkel Penulisan Haraki gilap bakat penulisan peserta.

1175
SHARE

Oleh : Muhammad Salman Darwis
05 Mac 2019

SANDAKAN : Bengkel Penulisan Haraki (BPH) peringkat Zon Sandakan yang telah berlangsung kelmarin di Pusat Khidmat Masyarakat PAS Libaran dekat sini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada peserta.

Bengkel yang disertai oleh kira-kira 20 orang peserta yang merupakan ahli PAS Zon Sandakan itu telah memberi ruang dan peluang untuk mereka mempelajari teknik penulisan yang betul.

Program anjuran Jabatan Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah itu telah disampaikan oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Mustaman Mustain.

Pelbagai ilmu dan petua penulisan telah dikongsi oleh Mustaman, antaranya ialah berkaitan dengan sudut pandang seorang penulis, piramid terbalik dan juga pemilihan tajuk yang baik.

“Dalam penulisan berita ini, latihan yang berterusa dalam penghasilan berita adalah cara terbaik untuk tingkatkan lagi kemahiran menulis,” kata Mustaman.

Bengkel tersebut juga memberi peluang kepada peserta untuk menghasilkan berita mengikut tajuk yang mereka tetapkan sendiri.

Selain itu, perkongsian teknik penulisan berkesan di media sosial juga turut dihidangkan dalam bengkel tersebut.