Home Kenyataan Media PAS Kedah

SUJUD SYUKUR ATAS KEMENANGAN PRU15

116
SHARE

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, kita menyaksikan satu gelombang sokongan luar biasa kepada Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-15 kali ini.

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) ingin menyeru kepada semua supaya melaksanakan sujud syukur di atas kemenangan. Pasakkan dalam hati bahawa kemenangan ini adalah anugerah daripada Allah SWT.

Kekalkan sifat rendah diri, jauhi sikap bongkak dan mendabik dada yang bukan daripada ajaran Islam. Sesungguhnya inilah keindahan akhlak yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW ketika peristiwa Fathu Makkah.

DUPP juga ingin menzahirkan ucapan penghargaan di atas sokongan luar biasa rakyat Malaysia terhadap Perikatan Nasional. InsyaAllah, kini adalah masa untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikulkan ke atas kami.

DUPP mengharapkan agar semua yang memenangi kerusi masing-masing menjalankan khidmat bakti sepenuhnya kepada rakyat sebagai seorang wakil rakyat serta dalam masa yang sama sebagai seorang penggubal undang-undang.

Semoga Allah SWT merahmati dan membimbing di atas jalan-Nya.

“Malaysia Sejahtera”

“Prihatin, Bersih dan Stabil”

DATO’ USTAZ AHMAD YAHAYA

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat