Oleh : Nur Wafa
SHAH ALAM, 18 Oktober – Kemeriahan muktamar diserikan dengan dekorasi warna syurga iaitu hijau di setiap sudut dewan.
Dengan penuh senyuman dan gelak tawa semua hadirin mengambil tempat disediakan sambil ditemani alunan nasyid yang perlahan.
Perwakilan dan pemerhati seperti tidak sabar menanti agenda perasmian Muktamar pada hari ini.
Mereka juga khusyuk dan terpegun mendengar ucaptema Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh seterusnya dirasmikan oleh Dato’ Bentara Kanan Ustaz Haji Ahmad bin Yaakob, Timbalan Mursyidul Am PAS.
Malah ada yang diam-diam menitis air mata menyaksikan tayangan montaj menusuk kalbu, menyentuh rasa yang dipaparkan.