Home Berita PAS Sabah

Street Dakwah memperingati pembentukan Malaysia

43
SHARE

Oleh : Yusrizal Baco
17 SEPTEMBER 2022

LAHAD DATU : Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Cawangan Aman Jaya dengan kerjasama Lajnah Pemerkasaan Parti Dewan Muslimat PAS Lahad Datu menganjurkan Street Dakwah Hari Malaysia, semalam di pusat beli belah Darvel Bay Plaza Lahad Datu.

Ketua Lajnah Pemerkasaan Parti Dewan Muslimat PAS kawasan, Mazaini Moktar bersama lapan orang pimpinan muslimat mengedar risalah dakwah di sekitar pusat membeli-belah tersebut.

Menurut Mazaini, program itu dianjurkan bagi memperingati pembentukan Malaysia yang mana telah menyatukan masyarakat majmuk berbilang kaum dengan perpaduan dan keharmonian.

“Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 lalu menjadi penanda aras walaupun kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, namun tetap hidup harmoni dan bersatu padu sehingga sekarang.

“Keharmonian ini juga dapat dilihat dalam sirah nabawiyyah, walaupun masyarakat Madinah itu berbilang kaum, namun tetap hidup harmoni kerana dipimpin dengan bersama Islam.

“Kembali kepada Islam sebagai cara hidup, insyaallah kita akan menjadi warganegara yang berjaya dan hidup aman damai,” ujarnya yang juga Ketua Muslimat Cawangan Aman Jaya.