Home Kenyataan Media PAS Selangor

STATUS FB YB GANABATIRAU MENGGURIS HATI RAKYAT

4937
SHARE

Saya amat kesal dengan status yang telah dinaikmuat dalam akaun fb milik YB Ganabatirau yang merupaka ahli DAP dan salah seorang EXCO Kerajaan Negeri Selangor berkaitan kejadian pergaduhan dua kumpulan isu Kuil Sri Mariamman USJ.Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan kerukunan hidup bersama pelbagai bangsa dan agama, saya berpandangan bahawa status YB Ganabatirau itu adalah keterlaluan, lebih-lebih lagi beliau menaikmuat status yang boleh dianggap sebagai provokasi tanpa mendapatkan maklumat dan pandangan pihak ketiga terlebih dahulu. Saya amat yakin, status beliau itu dimuatnaik berdasarkan emosi tanpa sandaran kajian dan konsultasi dengan pihak berwajib lain.Sejak memegang jawatan Exco, sikap yang ditunjukkan oleh beliau kepada umum, banyak menimbulkan tanda tanya dan keresahan termasuk juga berkaitan dengan isu pemberian tanah di Ijok sedikit masa lalu.Saya menuntut agar YB Ganabatirau memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat khususnya kepada masyarakat Islam/Melayu atas keterlanjuran beliau. Beliau mesti berjanji bahawa tidak akan mengulangi kesilapan dan tidak berlagak sombong terhadap rakyat berbilang bangsa dan agama. Sebagai salah seorang pemimpin kerajaan, YB Ganabatirau mesti bijak “menempatkan” dirinya untuk tidak dilihat berpihak.Dalam masa yang sama saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar kukuhkan toleransi dan saling menghormati adat budaya, agama, kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan negara.Dato’ K DeepakaranKetua DHPP Selangor26 November 2018.