Home Kenyataan Media PAS Selangor

AMARAN: JANGAN MENGGUGAT KEHARMONIAN KAUM DALAM NEGARA

127 views
SHARE

Kenyataan Rasmi
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS)

AMARAN: JANGAN MENGGUGAT KEHARMONIAN KAUM DALAM NEGARA

DPPNS melihat Ketegangan
Dan Isu perkauman diapi-apikan sehingga menyentuh segenap emosi rakyat Malaysia. Api emosi ini jika dibiarkan marak akan menggugat kestabilan dan keamanan negara.

DPPNS menyeru Pemimpin setiap parti politik sewajar menjadi agen menyatukan rakyat malaysia diatas teras sikap saling menghormati. Bukannya menjadi bahan bakar bagi isu perkauman dan mewujudkan label kebencian antara Agama.

DPPNS menegaskan Prinsip saling menghormati dan berpegang teguh pada kontrak sosial mestilah menjadi fokus kita semua.

Isu Kuil Sri Maha Mariamman adalah melibatkan pentadbiran dan pengurusan kuil tersebut, Kerajaan Negeri Selangor dan Pihak One City serta penyelesaiannya di putuskan Mahkamah.

Ianya bukannya ISU PERKAUMAN tetapi isu KETAMAKAN dan KEBEBALAN BERTINDAK setengah pihak yang akhirnya mewujudkan sikap prejudis antara kaum.

Mahukah kita mengorbankan keharmonian diantara kaum ini untuk memberi kepuasan pada mereka yang mengharapkan negara ini huru hara.

DPPNS memohon agar PDRM menangkap pihak yang memulakan ketegangan serta yang melanggar prinsip undang-undang di negara ini tanpa kompromi.

DPPNS menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bertenang serta menyerahkan urusan ini kepada kebijaksanaan pihak berkuasa menyelesaikan dengan menjunjung prinsip ‘rule of law’.

DPPNS mengajak seluruh rakyat Malaysia. Ayuh pertahankan keharmonian antara kaum dan keamanan negara dengan memulakan sikap saling menghormati.

USTAZ HANAFI ZULKAPLI
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Isnin
26/11/2018
Subang