Home Berita PAS Pahang

SRITIZM kongsi rezeki menjelang Syawal

27
SHARE

Oleh : KASDI KOSMIN

SEMAMBU, 6 Apr – Seramai 40 orang asnaf telah menerima bakul makanan di Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Mahkota (SRITIZM) di sini kelmarin.

Penyelaras DUN Semambu Ustaz Zulfadhli Zakariah berkata SRITIZM terus menyumbang bakti kepada masyarakat dalam Program Kongsi Rezeki SRITIZM 2024 hasil dari sumbangan orang ramai.

Menurut beliau lagi, SRITIZM telah membuka ruang dan peluang kepada orang ramai untuk memberi sumbangan kepada asnaf bermula dari bulan Ramadan.

Program tersebut juga dimuatkan dengan penyerahan Dana Kecemasan Palestin berjumlah RM3,500 kepada wakil Yayasan Amal Malaysia Pahang Ustaz Shaharuddin Mohamad.

Program juga dihadiri oleh Pengerusi SRITIZM Ustaz Dr. Felza Zulhubri Abdul Hamid, dan Timbalan Pengerusi SRITIZM Yusuf Hashim.