Oleh : Yusrizal Baco
16 Julai 2023
LAHAD DATU : Sekolah Rendah Integrasi Tunas Islam (SRITI) Tahfiz Lahad Datu sedia menghadapi MAIS Negeri Sabah.
Guru Besarnya, Razik Tan berkata, kesediaan itu mengambil kira penilaian pelajar dalam MAIS peringkat SRITI Tahfiz Lahad Datu yang telah berlangsung Rabu lalu.
Menurutnya, keputusan yang diperolehi daripada majlis amat memuaskan.
“Kebanyakan pelajar yang bertanding berani bercakap dan mampu tampil ke hadapan tanpa rasa malu serta mampu menyampaikan nya dengan baik.
“Inilah perkara yang kita harapkan dalam MAIS, selain mampu mengasah bakat pelajar, ia juga mampu membina kemahiran insaniah dalam diri setiap pelajar, ” ujarnya swmasa merasmikan majlis.
Turut hadir bersama Pengarah MAIS SRITI Tahfiz Lahad Datu, Ihzzam Bistari.
Keputusan menunjukkan adik Hafiziatul Rodhiah dan Siti Nur Syahadah menjadi johan hafazan bagi tahap satu dan dua, manakala johan tilawah disandang oleh Alaisyah Zaafarani.
Bagi kategori khutbah, azan dan iqamat masing-masing dimenangi oleh adik Muhammad Fatih Mubarak dan Muhammad Aqeef Danial, manakala bagi kategori bercerita dimenangi oleh Muhammad Faiq ( Bahasa Melayu Tahap 1) dan An Nur Shafiqah ( Bahasa Arab Tahap 1).
Sementara itu, pemenang kategori pidato disandang oleh adik Alya Fatihah (Bahasa Melayu Tahap 1) dan Mohammad Ayish Athmar ( Bahasa Inggeris Tahap 2).
Para pemenang bakal mewakili SRITI Tahfiz Lahad Datu ke peringkat MAIS Negeri Sabah yang akan berlangsung pada bulan Ogos.
Terdahulu, SRITI Tahfiz Lahad Datu telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan bagi MAIS Negeri Sabah pada tahun lepas.