Home Berita PAS Selangor

SRITI Selangor Yakin Juarai Acara Balapan

1812
SHARE

Kota Bharu 23 Ogos – Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Selangor hari ini mencatatkan beberapa kemenangan dalam saringan acara balapan di Kejohanan Sukan Sriti Kebangsaan kali ke 2 disini.

Beberapa kemenangan dalam kategori 100 meter lelaki, 4 x 70 meter lelaki dan perempuan serta acara 4 x 100 meter lelaki Dan perempuan yang terus ke final pada hari terakhir esok.

Kami yakin akan membawa pulang kejayaan ini bagi mengulangi kemenangan pada tahun lalu, kata Mohd Azlan Omar yang merupakan Ketua Kontijen Negeri Selangor.

Dalam acara lain, Selangor turut memberikan saingan acara bolasepak, Bola jaring serta memanah yang turut bersaing merebut tempat bagi mengumpul mata di peringkat kumpulan.

Kejohanan kali ke 2 ini dirasmikan oleh YB Ust Hj Mohd Azam Abd Samatselaku Ketua Pengarah SRITI Malaysia.