Home Berita PAS Selangor

“SRITI Cemerlang” | Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Selangor – Jentik-Jentik Sayang Us Zuhdi Mat Piah Bendahari DPPNS : Keprihatinan Muallim & Muallimah SRITI

1262
SHARE

Sekali lagi pujian saya kepada Muallim Muallimah dan Pengurusan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI).

Pagi semalam hari pertama siapkan anakanda Anis Sofea ke sekolah, seperti biasa saya dan isteri sangat mengambil berat soal bekalan dan keperluan Anis, Umi nya seorang Pegawai Perubatan, tentulah agak peka dengan perkara² tersebut, so kami siapkan semuanya. Waktu petang saya ambil Anis dan tengok Anis bawa balik barang lebih dari apa yg dia bawa, lepas subuh tadi Umi nya tengok satu persatu, Masya Allah, sebenarnya semua perkara yg kami fikirkan perlu telah pun di sediakan oleh pihak SRITI.

Oleh kerana Uminya kerja dan saya pula agak sibuk, kami tak sempat mengikuti taklimat awal sebelum pembukaan sekolah baru2 ini. Dari pemerhatian saya, SRITI sangat terbaik dalam pengurusan dan menjaga kebajikan pelajarnya. Terima kasih kepada Muallim Muallimah siapkan kelas yg cantik, anak² di pesan supaya berwuduk sebelum ke sekolah dan dikawal jarak sosial mereka. Ya Allah, kepada Engkaulah kami serahkan anak kami, jauhkan mereka dari wabak penyakit dan perkara² yg tidak diingini. Aminnn!

Semoga SRITI mengekalkan prestasi cemerlang ini. Ya Allah, berkati semua Muallim Muallimah dan semua bahagian pengurusan.

Keperluan yg di sediakan;

  1. Sejadah comey
  2. Set bekas makanan
  3. Tisu basah
  4. Tisu kering
  5. Face mask (10 keping)
  6. Plastik sampah (30 keping)

Tahniah Kepada SRITI Bandar Tasik Puteri Rawang.

Kredit Coretan : Mohamad Zuhdi Mat Piah

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

15 Zulhijjah 1441H | 5 Ogos 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan