Home Artikel PAS Sabah

SRITI bakal lahir di Lahad Datu

279 views
SHARE

Oleh : Rosliana Rustan
07 Oktober 2019

SILAM : Sekolah Rendah Islam Integrasi Teras Islam (SRITI) yang merupakan kesinambungan
daripada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) akan wujud di Lahad Datu pada tahun hadapan.

Satu taklimat SRITI telah diadakan dua hari lepas bertempat di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu yang disampaikan sendiri oleh Pengarah SRITI Sabah, Kasman Karate.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Silam menyahut seruan Dewan Pemuda PAS Malaysia iaitu ‘Satu kawasan, Satu SRITI’.

Taklimat yang dihadiri oleh 30 orang ibu bapa itu bertujuan untuk memberi pengenalan berkenaan sistem pembelajaran yang digunapakai di SRITI.

“SRITI ini mempunyai silibus pembelajarannya sendiri iaitu KAFFAH selain menggunapakai silibus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu KSSR,” Jelas Kasman Karate.

Ibu bapa yang hadir berasa gembira dengan penubuhan SRITI ini kerana mereka boleh meneruskan kesinambungan pembelajaran anak – anak mereka selepas dari PASTI.

Hadir sama dalam program ini Ketua Dewan Ulama PAS Kawasan Silam, Ustaz Zaki Ibrahim serta beberapa orang ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Silam.