Home Berita PAS Pahang

Dewan Pemuda PAS Pahang melancarkan kempen daftar pemilih

901
SHARE

Maran, 3 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang melalui Jabatan Pilihanraya Negeri dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Maran telah mengadakan “simulasi MOHDAF” iaitu kempen Daftar Pemilih di hadapan Tunas Masnja Maran.

Kempen ini dilaksanakan atas kesedaran bahawa lebih daripada 3.5Juta rakyat malaysia yang layak mengundi tetapi masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Kempen ini bermula di maran dan akan turun ke semua 14 kawasan dan sasaran berlaku kesedaran dan pertambahan dalam jumlam pemilih baru dalam pru14 nanti.

Berdasarkan perkembangan terkini, geberasi muda kurang kesedaran dalam kepentingan mengundi dan memilih pemimpin bagi nerajui kepimpinan negeri dan negara.

Kempen MOHDAF ini disertai oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pahang Mohd Shamsuri Hussin, Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Maran Ustaz Abd Latiff Abd Haliff, Setiausaha DPPKM Ustaz Mohd Adam dan beberapa org ajk pemuda PAS kawasan maran.