Home Berita PAS Perlis

SRIAF Rayu Sumbangan Untuk Siapkan Bangunan Fasa 3

719
SHARE

ARAU – Sekolah Rendah Islam Al-Furqan (SRIAF) di sini, memerlukan sumbangan bernilai RM 600 000 bagi menyempurnakan pembinaan bangunan sekolah Fasa 3.

Mudir SRIAF, Saudara Azmal Zaid  berkata, bangunan baru sekolah itu masih dalam proses untuk disiapkan memandangkan pembangunan ini bergantung kepada dana yang dikumpul daripada masyarakat setempat.

Menurutnya lagi, pembangunan fasa 3 tersebut disasarkan siap pada akhir tahun 2017 ini bagi menampung kemasukan pelajar baru sesi persekolahan 2018.

Pembangunan Fasa 1 dan Fasa 2 sekolah ini telah berjaya dibina hasil kutipan sumbangan daripada orang ramai.

“Sekiranya ada pihak sudi menyumbang, dapatlah kami gunakan untuk membeli pasir, batu, simen, kayu dan pendawaian. Dana itu akan digunakan bagi melengkapkan pembinaan pembangunan Fasa 3 sekolah ini,” katanya di sini kelmarin.

Ujar beliau, pihak sekolah telah menyediakan kupon wakaf bangunan yang bernilai RM10, RM20 dan RM50 bagi tujuan itu.

“Selain itu kami turut mengalu-alukan badan kerajaan, swasta atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bantu siapkan sekolah ini,” katanya lagi.

Pihak sekolah turut membuka peluang dan ruang seluasnya kepada semua pihak untuk memberi infak dan sumbangan serendah RM10 sebulan dengan membuat potongan tetap/auto debit secara online melalui akaun bank.Sumbangn tersebut akan digunakan  untuk membantu Pembangunan sekolah,tabung makanan pelajar dan melincinkan pentadbiran dan pengurusan sekolah.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke Akaun Maybank 559012303011 atau Akaun CIMB 8006341413 atas nama Sekolah Rendah Islam Al Furqan. Sebarang persoalan boleh terus hubungi Azmal Zaid 0194546670 atau Mohd Fuad 0124194903.

{jathumbnail off}