Home Pedoman Haraki

Dakyah Agama Selain Islam

568
SHARE

 

Berfikir Sejenak (siri 12)

oleh : Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

Dakyah Agama Selain Islam

Bukan muslim mempunyai hak mengamalkan agama masing-masing di negara ini. Ia perlu dihormati oleh semua pihak.

Namun mereka tidak boleh menyebarnya kepada orang-orang Islam. Pelekat terbuka mempromosi agama selain Islam di cermin belakang kereta dan risalah-risalah terbuka diedarkan perlu diambil perhatian oleh pihak berkuasa negara agar perlakuan itu tidak menggugat keharmonian beragama dan kehidupan bermasyarakat dalam negara ini.

Perkara 11 (4) Perlembagaan memperuntukkan “Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.”

“Sejahtera Bersama Islam”

Sekian. Rabu 24hb Mei 2017

{jathumbnail off}