Home Timbalan Presiden PAS

SPR Perlu Maju Mengikut Teknologi

195 views
SHARE

PAS menyarankan SPR untuk mempertingkatkan keupayaannya dalam mengendalikan daftar pemilih mengikut kecanggihan teknologi hari ini.

Meskipun, PAS menghormati hak SPR dalam mengguna pakai daftar pemilih 2017, tapi PAS mengharapkan SPR boleh mengubah cara dalam mengendalikan daftar pemilih.

Pertama, SPR disarankan agar memperkenalkan daftar bulanan berbanding suku tahun sebagai asas sekiranya sistem pendaftaran manual ini mahu diteruskan.

Bayangkan mereka yang sudah mendaftar untuk 4 bulan lamanya tidak dapat mengundi, bukankah itu satu pembaziran sedangkan kita menggalakkan semua yang berumur melebihi 21 tahun untuk mengundi.

Bukankah itu menghakis demokrasi?

PAS mengucapkan Selamat Mengundi kepada semua yang layak mengundi.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
13 April 2018