Home Berita PAS Selangor

Solat jenazah ghaib Almarhum Ust Rizuan Rahmat – Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

15
SHARE

May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎قلنساعور PASSELANGOR (ลล 3 ക്ണപ് SOLAT JENAZAH GHAIB ALMARHUM UST RIZUAN RAHMAT Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor menyeru kepada sahabat-sahabat serta kenalan almarhum Ust Rizuan Rahmat agar dapat melaksanakan SOLAT JENAZAH GHAIB di kediaman masing SELEPAS SOLAT MAGHRIB. Kita juga mendoakan semoga Allah mengampunkan segala dosa almarhum serta menempatkan beliau bersama para syuhada & salafuna soleh. f @ulamakpasselangor @my_dupn @dupns‎"‎‎

“Bingkisan Rida Di Bahu” | Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Kuala Langat | Pengurusan pengebumian jenazah Almarhum Ust Rizuan Rahmat telah pun selesai disempurnakan sekitar jam 4.30 petang tadi di Tanah Perkuburan Batu 9 Kuala Langat. Setelah diuruskan proses mandian jenazah di Hospital Sungai Buloh.

Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor menyeru dan mengajak kepada sahabat-sahabat serta kenalan Al-Marhum Ustaz Rizuan Rahmat agar turut dapat melaksanakan SOLAT JENAZAH GHAIB di kediaman masing-masing selepas solat Maghrib pada malam ini.

Kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Almarhum serta menempatkan beliau bersama para syuhada dan salafuna soleh.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor