Home Berita PAS Selangor

Lawatan rasmi Timbalan Menteri Kesihatan ke PPV Tanjong Karang – PAS Tanjong Karang

17
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Tanjong Karang

Oleh : Muhammad Faris Muhammad Ruhni

Tanjong Karang | Timbalan Menteri Kesihatan YB Dato’ Dr. Haji Noor Azmi Ghazali mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 di Dewan Tan Sri Noh Omar, Tanjong Karang.

Turut bersama dalam lawatan ini Ketua Bahagian UMNO, YB Tan Sri Noh Omar sendiri selaku Ahli Parlimen Tanjong Karang, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi dan YDP PAS Kawasan Dr. Zamri Zainuldin

Lawatan Rasmi ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri inisiatif Tan Sri Noh untuk mempercepatkan program imunisasi kelompok dan program vaksinasi rakyat Malaysia khususnya di kawasan Tanjong Karang.

May be an image of 2 people and people standing

Dengan inisiatif ini penduduk yang beralamat di bawah Parlimen Tanjong Karang boleh untuk terus membuat pendaftaran dan mendapat suntikan di Dewan Tan Sri Noh Omar, Institut Penyelidikan Peladang (IPP) Tanjong Karang.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor