Home Berita PAS Pulau Pinang

Solat hajat perdana untuk keselamatan saudara Hawari, pendaki Everest yang hilang

506
SHARE

TASEK GELUGOR, 21 MEI – Semalam DACS Pulau Pinang menerima berita duka seorang ahli Alternative Trekking Club (ATC) Pulau Pinang Muhammad Hawari Bin Hashim telah hilang ketika mendaki gunung Everest.

Beliau yang merupakan seorang OKU Pendengaran telah menyertai Misi Malaysia Everest 2023 yang dianjurkan oleh Kelab Explorasi Altitud.

Difahamkan misi kali ini akan melibatkan kumpulan orang kelainan upaya (OKU) Borneo dan angota badan beruniform Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Anak jati Permatang Kerai Besar Tasek Gelugor yang berusia 33 tahun itu telah memulakan perjalanan ke Nepal pada 1 April sehingga 11 Jun 2023 dalam misi menawan puncak Everest.

Berita kehilangan Hawari ini telah dilapor oleh media tempatan Nepal. Pengarah Pioneer Advanture Nivesh Karki berkata, Hawari dilaporkan hilang pagi semalam selepas turun dan berehat di kem empat selepas berjaya menawan puncak Everest pada 8,848 meter dari paras laut.

DACS Pulau Pinang amat bersimpati dan memohon kepada semua rakyat Malaysia untuk sama sama mendoakan kebaikan buat Hawari dan berharap semoga beliau dijumpai secepat mungkin dalam keadaan selamat.

DACS Pulau Pinang ingin menjemput semua yang prihatin dan kelab-kelab dibawah DACS Pulau Pinang untuk sama-sama mengadakan solat hajat bagi mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kepada Saudara Hawari.