Home Kenyataan Media PAS Kelantan

Solat hajat di Pusat Khidmat Dun Salor diteruskan

835
SHARE

PROGRAM kesyukuran dan solat hajat  yang bakal berlangsung pada 16 November ini di Pusat Khidmat Dun Salor akan diadakan mengikut jadual.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah memberitahu, beliau yakin tidak akan berlaku sebarang rusuhan.

“Ini kerana anggota parti dan penyokong sejak asal lagi dilatih dalam suasana harmoni dan terkawal.

“Mereka akan patuh pada arahan malah tidak ada program yang dianjurkan berlaku perkara yang tidak diingini,” ujarnya.

Tambahnya, program fastaqim yang diadakan baru ini dihadiri dalam jumlah yang amat besar.

Katanya, ia telah berjaya dianjurkan dengan cukup baik.

Amar berkata, beliau difahamkan pihak PAN telah membuat injunsi di mahkamah baru-baru ini.

“Kita akan menunggu keputusan di mahkamah,” ujarnya.

Sebelum ini Pengerusi PAN, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata pihaknya tidak akan mengosongkan bangunan tersebut walaupun PAS memberi peringatan agar ia perlu dikosongkan sebelum 16 November.

Menurut Rahim, pihaknya tidak akan akur dengan arahan itu selagi tidak ada keputusan mahkamah berhubung kes berkenaan. – HARAKAHDAILY 15/11/2017