Home Artikel PAS Perak

Solat Hajat Dan Bacaan Yaasin Untuk Permudahkan Perbicaraan

234 views
SHARE

SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN UNTUK KEMENANGAN TUAN HAJI RAZMAN ZAKARIA


Dewan Pemuda Pas Kawasan Lenggong mengajak seluruh muslimin dan muslimat, khususnya yang berada di Kampung Luat dan sekitar Lenggong untuk bersama-sama bermunajat menunaikan solat hajat dan bacaan Yasin bagi memohon Allah SWT mempermudahkan urusan perbicaraan mahkamah kes tuduhan Nizar, Pemimpin PAN terhadap Tuan Haji Razman, Pesuruhjaya Pas Perak yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Lenggong

Nizar mengemukakan saman terhadap Tuan Haji Razman setelah Akhbar Sinar Harian melaporkan berita muka depan ‘PR Perak Tolak Hudud’.

Nizar yang ketika itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak telah membelakangkan kewujudan Pesuruhjaya dan mengenepikan prinsip PAS semata-mata mengikut kehendak DAP dan PKR menandatangani surat perjanjian yang mengandungi hudud di luar dasar Pakatan Rakyat.

Kesan daripada tindakan tidak bertanggungjawab Nizar itu, imej Tuan Haji Razman sebagai Pesuruhjaya dan PAS Perak telah terjejas kerana dilihat tunduk kepada agenda anti-hudud DAP.

Wartawan Sinar menghubungi Tuan Haji Razman bagi memohon penjelasan mengenai isu ini. Komen yang diberikan ialah perjanjian ini di luar pengetahuan Pesuruhjaya dan PAS Perak dan tindakan Nizar ini disifatkan mirip kepada pendirian DAP berbanding pendirian PAS.

Kes ini sedang dalam perbicaraan mahkamah. Kita melihat kes ini bukanlah kes saman individu terhadap individu tetapi kes ini melibatkan maruah dan jati diri sebuah jemaah yang istiqamah mempertahankan dasar Islam daripada dilencongkan oleh anasir luar.

In sya Allah, solat hajat dan bacaan Yasin akan diadakan pada lepas isya’ Isnin 22 Mei dan Selasa 23 Mei, malam ini dan malam esok di Surau Ibn Zakaria(Surau Jambatan) , Kampung Luat, Lenggong.

#SejahteraBersamaIslam
#MaraMenujuCita

Abu Mujahid
Ketua Penerangan
DPPK Lenggong

{jathumbnail off}