Home Artikel PAS Perak

PAS Perlu Terus Berusaha Mendekati Masyarakat

501 views
SHARE

PAS Perlu Terus Berusaha Mendekati Masyarakat


TAIPING : Demi memikul tanggungjawab dan cabaran dalam memastikan kemenangan dalam PRU 14 maka semua ahli PAS perlu mempersiapkan diri termasuk mengadakan program bagi mendekati masyarakat hingga ke akar umbi.

Ahli PAS dari masa ke semasa berusaha mencari pendekatan terbaik dalam mendekati rakyat serta mempertingkatkan pengetahuan mengenai isu-isu semasa.

Infak aku janji PRU 14 dan pelancaran dana RM 100 ribu turut dilaksanakan bagi menggerakkan kerja pilihanraya yang akan datang .

YDP PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman berkata demikian ketika Himpunan 1000 Petugas PRU 14 di Markaz Tarbiyyah PAS Perak, di Air Kuning, 20 Mei lalu.

Perasmian himpunan tersebut disempurnakan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat , Ustaz Dato Dr Nik Zawawi Nik Salleh dan turut dihadiri Naib Presiden PAS, YB Ustaz Idris Ahmad.

{jathumbnail off}