“Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor menyeru seluruh ahli-ahli PAS Selangor dan masyarakat umum agar sama-sama mendoakan kesejahteraan dan kesihatan buat Murabbi Ummah YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS yang kini sedang dirawat di Institut Jantung Negara.
Perkembangan kesihatan Tuan Guru masih memerlukan pemerhatian rapi pihak Doktor. Walaupun situasi Tuan Guru stabil, namun doa kita buat Tuan Guru masih diperlukan. Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor mengajak semua untuk mengadakan Solat Hajat berterusan setiap hari selepas Solat Maghrib di kediaman masing-masing. Semoga Allah SWT beri kesembuhan segera buat Tuan Guru.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor