Home Berita PAS Selangor

Amal Selangor bentuk pasukan “runner” bantu Task Force Khidmat Malaysia – Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

103
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Bangi | Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor Tuan Shehdi Hazrik Shamsudin menyatakan, berikutan peningkatan jumlah pesakit COVID-19 semakin tinggi di Selangor dan PKP Lockdown 2.0 yang sedang dilalui rakyat Malaysia kali ini maka satu pasukan Task Force Khidmat Malaysia Negeri Selangor 2.0 telah ditubuhkan bagi menyelenggara bantuan NGO-NGO di Selangor dalam membantu keperluan Barisan Hadapan Negara dan masyarakat yang memerlukan.

“Sebagaimana Task Force 1.0, kekuatan anggota Jabatan Amal kali ini juga diperlukan bagi menjadi pasukan “runner” atau Khidmat penghantaran barangan sumbangan dan bahan PPE dalam menjayakan kempen bantuan COVID-19 Khidmat Malaysia kali ini”, uajr beliau.
Menurut beliau, “seramai 100 anggota terpilih akan menyertai pasukan ini seluruh Selangor, mereka bukan sahaja akan membantu urusan penghantaran NGO-NGO malah turut juga membantu Khidmat Malaysia Kawasan dalam menyampaikan sumbangan keperluan Makanan kepada mereka yamg terkesan akibat PKP Lockdown 2.0 kali ini.

Menurut beliau lagi, sebelum ini Khidmat Malaysia Negeri Selangor telah menaja kos ujian saringan COVID-19 buat semua petugas Amal bagi memenuhi SOP melayakkan mereka sebagai petugas Amal.
Sumbangan orang ramai bagi membantu kos operasi simpanan barang, perjalanan dan pengangkutan “Runner” Amal Selangor amat diperlukan ketika ini dan sumbangan boleh terus disalurkan ke akaun Bank Islam, No Akaun : 1201-0010035-43-4 atas nama “Unit Amal Selangor”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor