Home Artikel PAS Perak

Solat Hajat Agar Dihindari Wabak Covid-19 Berpanjangan | PAS Perak

1225
SHARE

KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK
21 Rejab 1441 / 16 Mac 2020

SOLAT HAJAT AGAR DIHINDARI WABAK COVID-19 BERPANJANGAN

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak amat memahami situasi genting ketika ini berdasarkan peningkatan kes positif dengan pantas dan merakamkan penghargaan kepada warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya dalam mengawal penularan dan merawat pesakit.

PAS Perak juga berharap setiap daripada kita yang terlibat dengan gejala atau kontak rapat kepada kes positif COVID-19 hendaklah segera merujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran dan KKM untuk tindakan lanjut termasuk proses saringan.

PAS Perak menyarankan agar bersama kita menjaga kebersihan diri masing-masing dan sentiasa kerap mengamalkan membasuh tangan sebagaimana ketetapan KKM dalam memastikan penyebaran virus COVID-19 dapat dihindarkan disamping mengelakkan diri daripada menghadiri kawasan tumpuan ramai.

PAS Perak mengajak seluruh rakyat agar terus mengadakan solat hajat dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar ujian besar ini dapat beransur pulih hendaknya.

Semoga Allah SWT melindungi kita daripada keresahan berterusan dan dijauhkan daripada wabak yang berpanjangan.

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”

Sekian, terima kasih.

YB HJ RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak /
ADUN Gunong Semanggol