Home Berita PAS Wilayah

Sokongan Masyarakat India Buat Calon PN Di Lembah Pantai

379
SHARE

Oleh Muhbib ‘Adni

LEMBAH PANTAI, 11 Nov : Masyarakat India PPR Seri Pantai menyatakan sokongan penuh kepada LAr Fauzi Abu Bakar, calon Perikatan Nasional bagi P121 Parlimen Lembah Pantai dalam Pilihan Raya Umum ke-15, 19 November nanti.

Dalam pertemuan bersama mereka di Lembah Pantai, banyak keluhan dan rungutan disuarakan mengenai taraf hidup yang rendah dan masalah sosial di sekitar PPR tersebut.

“Walaupun hidup dalam keadaan yang mencabar, masyarakat India di Lembah Pantai ini sangat hebat.

“Mereka sangat cakna dengan kejiranan sekeliling serta memiliki hubungan adik beradik yang kuat.

“Bila ada yang susah, mereka sama-sama bantu untuk meringankan beban sesama mereka,” jelas LAr Fauzi.

Menurut beliau lagi, tidak kurang juga yang berkongsi tentang keadaan rumah yang sempit apabila diduduki sehingga sepuluh orang ahli keluarga.

“InshaAllah, jika diberikan mandat di Lembah Pantai saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menyuarakan isu ini dan menjaga kebajikan semua tidak kira agama, bangsa dan warna kulit,” ujarnya.