Home Artikel PAS Perak

Sokongan Dan Dokongan Calon PRK N58 Slim

320
SHARE

Image may contain: 7 people, text that says "SIDANG MEDIA KHAS PENGUMUMAN CALON BARISAN NASIONAL PRK N.58 SLIM TARIKH OGOS 20 ETAN BU) FELDAK IDENCE"

Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YB Haji Razman Zakaria hadir sidang media khas pengumuman calon Barisan Nasional PRK N58 Slim di Dewan Rajawali, Felda Residence, Trolak pada 12 Ogos 2020.

PAS memberi sokongan dan dokongan kepada pemangku Pengerusi UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz dipilih untuk bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu sidang media oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad di Dewan Rajawali Trolak Resort petang ini.

Turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad, Ustaz Misbahul Munir Bin Masduki, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, YB Ustaz Akmal Kamarudin, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak dan Ustaz Ahmad Faisal Puait, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Perak.

Semoga kemenangan dalam PRK N58 Slim akan berpihak kepada calon BN, Mohd Zaidi Aziz mewakili gabungan Muafakat Nasional dan Kerajaan Perikatan Nasional.Image may contain: 6 people, people standing, text that says "DANG MEDIA NASIONAL KHAS GUMUMAN CALON BARISAN PRK N.58 SLIM 12 06' BN FELDA RESILVENCE TROL"Image may contain: 3 people, people sittingImage may contain: 13 people, people standing and outdoor