Home Artikel PAS Selangor

Slot Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Selangor – Lawatan JPrN Selangor Ke Kawasan Parlimen Sungai Besar

231
SHARE

Sungai Besar, Selangor | 13 Ogos 2020

Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Selangor (JPrN) telah melakukan lawatan berkala JPrN Negeri. Dalam siri lawatan kali ini JPrN Selangor turun ke Kawasan Sungai Besar.

Rombongan JPrN kali ini diketuai oleh Tuan Hj Adram selaku Timbalan Pengarah 1 Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Selangor mana kala PAS Kawasan Sungai Besar pula diwakili oleh Ustaz Fadzlin selaku Yang-Dipertua PAS Kawasan Sungai Besar.

Intipati yang sampaikan oleh Tn Hj Adram adalah jentera harus tingkatkan usaha daftar pengundi baru. Selain dari tu juga beliau turut mengingatkan kepada yg hadir agar bersedia berkongsi kuasa dibawah Muafakat Nasional ataupun Perikatan Nasional. Kelebihan yang ada sekarang ini (kerajaan pusat) harus dimanfaatkan contoh seperti mengadakan program penanaman semula sawit bersama Menteri, katanya lagi.

Ucapan YDP PAS Kawasan Sungai Besar pula menyeru agar jentera memantapkan ketahanan mental dan fizikal, mencari sumbang untuk dana Pilihanraya. Tunjang utama yang perlu kita ada adalah wala dan akur dengan apa saja keputusan yang telah diputuskan oleh pimpinan diperingkat tertinggi.

Kehadiran jentera Pilihanraya seramai 50 orang. Program lawatan tersebut berjalan dengan lancar.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan