Home Berita PAS Selangor

Sokongan buat rider ‘Food Panda’ yang mempertahankan kalimah Allah – DPPN Selangor

129
SHARE

May be an image of 1 person and standing

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Baru-baru ini kita semua dikejutkan dengan isu penghinaan kalimah Allah yang dipertahan dengan beraninya oleh para ‘rider Food Panda’. Namun, tindakan mereka mungkin sedikit kasar dan mereka ditahan polis.

Jika difikirkan bersama, tindakan menegur perkara mungkar ini sangatlah sukar. Walaubagaimanapun, mereka inilah antara orang-orang yang berani mempertahankan kebenaran iaitu agama Islam.

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيمَانِ

Ertinya: “Jika di antara kamu melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tanganmu, dan jika kamu tidak cukup kuat untuk melakukannya, maka gunakanlah lisan, namun jika kamu masih tidak cukup kuat, maka ingkarilah dengan hatimu karena itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR Muslim).

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) melalui Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPNS, Saudara Azwan dapat bersama-sama dengan NGO Geng Ustaz memberikan solidariti kepada anak muda ‘rider Food Panda’ yang dibebaskan dari tahanan reman selama 2 hari kerana mempertahankan kalimah Allah SWT.

Mereka turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada anak-anak muda tersebut agar dipermudahkan urusan seharian dalam menempuh musim PKP yang mencabar ini.

Ayuh kita pertahankan kesucian Islam!

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor