8 Julai 2017, Kuala Lumpur : Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu berita yang menular di laman sosial mengenai satu trajedi yang menimpa dua adik-beradik ketika mereka sedang mandi di kediaman mereka. Menurut ibu kepada dua adik-beradik ini, sinki di bilik mandi mereka dengan tiba-tiba terjatuh lalu menimpa kedua anaknya.
Adik Adam mengalami kecederaan di bahagian perut manakala adik Awisy mengalami kecederaan di bahagian peha. Alhamdulillah, dengan tindakan pantas si Ibu, kedua kanak-kanak tersebut telah dibawa ke hospital berhampiran dengan menaiki ambulans pihak hospital.
Adik Adam dan adik Awisy merupakan pelajar PASTI Al-Hidayah Jalan Gurney. Kini mereka sedang dirawat di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.
Skuad Prihatin, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) bersama Skuad Prihatin Wilayah Persekutuan hari ini berkesempatan menziarahi kedua adik beradik ini. Bersama dengan itu, sedikit sumbangan telah diserahkan kepada kedua ibubapa mereka semasa lawatan.
Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Puan Zurina selaku Timbalan Pengerusi LKK DMPM dan Saudari Norina, AJK LKK DMPM. Turut serta dalam ziarah tersebut ialah Cikgu Mohd Yusoff selaku wakil dari Skuad Prihatin PAS Pusat, wakil LKK DMPM , wakil LKK DPPWP, wakil LKK DMPWP dan wakil dari Pasti Al Hidayah.
Tiada yang lebih besar harapan dari kedua ibubapa kanak-kanak ini melainkan doa dari kita semua agar anak-anak mereka diberi kesembuhan. Bersama-sama kita doakan semoga Allah menyembuhkan kedua-dua adik beradik serta diberi kesabaran dan kekuatan kepada kedua ibubapa mereka dalam menghadapi ujian dari Allah. Allahumma aameen.
Jazakumullah Khair Katheera. Siiru ‘ala Barakatillah.
“Sejahtera Bersama Islam”
“Muslimat Memacu Kemenangan”
{jathumbnail off}