Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Skuad Prihatin Santuni Masyarakat

716
SHARE

Skuad Prihatin Santuni Masyarakat

3 Jun 2017, Petaling Jaya –  Seperti  tahun-tahun yang lepas, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) sentiasa komited dengan program-program Kebajikan dan Kemasyarakatan. Sebelum tibanya Ramadhan lagi, LKK DMPM atau juga dikenali sebagai “Skuad Prihatin” sudah mula sibuk mengatur dan menyusun jadual untuk program khas yang dinamakan “Semarak Kasih Ramadhan”. Program ini merupakan program yang berbentuk kemasyarakatan dan tanda keprihatinan DMPM kepada seluruh rakyat dari golongan yang kurang berkemampuan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Pada 8 Ramadhan yang lalu, rombongan Skuad Prihatin telah melancarkan ziarah MOSWAY (Singkatan bagi Miskin, OKU, Sakit, Warga Emas, Armalah dan Yatim) melalui Program Semarak Kasih Ramadhan ke sekitar Petaling Jaya Selatan, Selangor.Sebanyak 10 buah keluarga yang dikategorikan dalam golongan MOSWAY telah diziarahi dan mereka juga telah menerima sedikit sumbangan berupa barang-barang keperluan asas seperti beras, ,minyak masak, gula dan lain-lain serta sedikit wang tunai.

Rombongan Skuad Prihatin diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia iaitu;  Ustazah Nuridah Mohd Salleh. Selain itu, turut sama menyertai rombongan Skuad Prihatin ialah; Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan Ketua Penerangan dan Hubungan Media DMPM merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) bersama Timbalan beliau; Ustazah Noraini Hussin merangkap Pengarah Pilihanraya DMPM. Mereka juga diiringi oleh Timbalan Pengerusi LKK DMPM; Puan Zurina, Pengerusi LKK DMPN Selangor; Puan Nor Riha serta beberapa orang Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Petaling Jaya Selatan (PJS).

Segala puji hanya bagi Allah yang telah memudahkan perjalanan dan kelancaran program hari ini dengan jayanya. Dahaga dan lapar di bulan puasa bukan penghalang bagi para mujahidah ini untuk terus berbakti dan menghulurkan bantuan. Amanah daripada para penyumbang adalah kewajipan  yang harus dilaksanakan dan digalas dibahu LKK DMPM untuk menyampaikannya kepada mereka yang telah terpilih oleh Allah. Semoga, dengan usaha kecil ini akan menjadi saham yang terbesar di akhirat kelak.

Bagi yang belum dan ingin menghulurkan sumbangan,

bolehlah salurkan sumbangan anda ke akaun: MAYBANK 5640 2540 0711 – Dewan Muslimat PAS Pusat

SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:

Dr. ‘Uyun : 019 – 357 7502
Puan Zurina : 014 – 306 9141
Saudari Zuriati : 019 – 204 9434
Saudari Oyeen : 019 – 590 2381

 

Jazakumullah Khair Katheera.Siiru ‘ala Barakatillah.

“Sejahtera Bersama Islam”

“Muslimat Memacu Kemenangan”

Catitan :
Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia