Home Berita PAS Pulau Pinang

PAS Kawasan Jelutong Komited dalam Melakukan Anjakan Paradigma.

975
SHARE

Oleh Sarfaraz Ahmad

SUNGAI PINANG: PAS Kawasan perlu mengambil iktibar dari kisah Perang Tabuk di mana Allah S.W.T menguji umat Islam ketika itu dengan pelbagai cabaran untuk keluar berjihad.

Demikian seru Yang Di Pertua PAS Kawasan Jelutong, Ustaz Mohd Imran Bin Mohd Saad ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Jelutong Kali Ke-30.

Memetik ayat 249 Surah Al-Baqarah, beliau mengutarakan peringatan Allah terhadap golongan minoriti dapat tewaskan golongan majoriti dengan izin Allah.

“Cabaran hari ini memerlukan tenaga yang komited dari semua sayap di dalam kawasan dalam gerak kerja jamaah tidak ada bezanya dengan sirah ini,” lontarnya.

Mesyuarat tersebut dirasmikan Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dan dilangsungkan di PASTi Sungai Pinang, Jelutong, di sini semalam.

Mesyuarat Agung berjalan dengan baik dan lancar serta ada teguran yang membina dari ahli-ahli yang hadir.


Antara ucapan penanguhan yang menyentuh hati para perwakilan, Ketua Muslimat Jelutong, Salbiah Ishak menyeru agar semua cawangan dan dewan-dewan komited dalam membina kawasan menjadi seperti satu masa dahulu.

Manakala Wakil Pemuda Sarfaraz Ahmad yang juga merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jelutong merangkap Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Jelutong, menyentuh pada komitmen serta persiapan menjelang PRU 14 yang bakal tiba bila-bila masa sahaja nanti.